Selasa, 18 Disember 2012


NOTA SPM

SUTERA DALAM LUKISAN
(ABD TALIB HASSAN)

Sinopsis
Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya.
Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.
Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mula merasai erti sebuah kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila.
Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila.
Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias.
Malah Adila turut difitnah menghidap AIDS kerana pernah menuntut di luar negara.
Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya.
Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya.
Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya.
Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei.
Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya.
Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.
Tema
Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan neneknya. Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala
Persoalan
 Tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu.
Contoh:
Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.
 Menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri.
Contoh:
Bujei akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan daripada Adila.
 Kebaikan akan mengatasi kebatilan.
Contoh:
Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri..
 Sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang.
Contoh:
Adila yang telah membimbing Bujei untuk membentuk semula keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.
 Ketegasan dalam pendirian.
Contoh:
Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.
 Jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Contoh:
Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila.
 Berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain.
Contoh:
Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai gantian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.
PLOT
Plot Sutera Dalam Lukisan dihuraikan secara kronologi iaitu bersandarkan hukum sebab dan akibat. Manusia yang berbuat baik akan memperoleh pembalasan yang baik juga dan begitulah sebaliknya.
• Eksposisi (Permulaan)
Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering mengunjungi latar tempat di kampungnya. Digambarkan juga latar masa iaitu pada waktu senja dan latar masyarakat kampung Bujei yang telah menganggap Bujei sebagai insan abnormal.
• Perkembangan
Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh bapa tirinya merupakan titik hitam dalam kehidupannya. Bujei menjadi sasau dan sering dicemuh dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Perkenalan dengan Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia menaruh hati kepada Adila. Adila juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas tunangnya.
• Klimaks
Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya, mencari ubat pengasih untuk mendapatkan Adila.
• Peleraian
Adila juga menaruh hati kepada Bujei. Hal ini menyebabkan Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.
TEKNIK PLOT
• Pemerian
Contoh:
Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang sembilan meter jarak antara dua belah tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya ketika itu.
• Dialog
Contoh:
“Lepaskan motor aku ni... Aku nak pergi ambil duit,” kata Alias
• Imbas Kembali
Contoh:
Dan dia sendiri telah menanam cita-cita untuk mengikut jejak bapanya. Tragedi pertama menimpanya apabila bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan di lebuh raya Karak.
• Imbas Muka
Contoh:
Mungkinkah penyakit Adila sudah menjadi-jadi? Mungkinkah Adila sudah dibawa ke rumah sakit? Terlintas juga di fikirannya untuk menjenguk dan melihat keadaan Adila.
• Monolog Dalaman
Contoh:
Dan sempat juga Adila memikirkan hal Bujei. Mungkin Bujei juga sudah tahu sehingga terasa malu untuk datang menemuinya. Dia terfikir untuk pulang ke kota, meninggalkan kampung yang tidak lagi memberi kedamaian kepadanya.
• Suspens
Contoh:
Sambil memaki-hamun, kata-kata makian yang sering digunakan oleh Alias ke atas dirinya, Bujei menghayunkan parangnya ke arah Alias.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK UTAMA : BUJEI/HAFIZ
• Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola.
• Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.
• Takut dengan alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan.
• Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.
• Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baharu sewaktu keluar pekan bersama Samsul.
• Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan Same‟ah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.
• Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.
• Pulih daripada sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.
• Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.
• Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.
• Tidak memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.
WATAK SAMPINGAN : ADILA sambungan…
• Lulusan universiti luar negara iaitu England.
• Mempunyai sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan.
• Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke kampung dan tinggal dengan keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka masa yang panjang.
• Mempunyai pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
• Lemah lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu tinggal di kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung.
• Menjadi mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah „rosak‟ sewaktu belajar di luar negara.
• Jatun cinta dengan Bujei. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang ke kota.
WATAK SAMPINGAN : ALIAS sambungan…
• Suka membuli Bujei. Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan upah tetapi memungkirinya.
• Suka kepada Adila dan menghantar pinangan tetapi ditolak. Cuba mendekati Adila setelah gagal mendapatkan Same‟ah.
• Suka terlibat dalam perlumbaan motor. Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya, Sahak telah terlibat dalam kemalangan dan kritikal di hospital.
• Bercakap kasar. Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei.
• Cuba menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan daripada neneknya untuk mencari ilmu pengasih.
• Cuba memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
• Akhirnya menjadi sasau/gila.
WATAK SAMPINGAN : SIDANG SAMAN sambungan…
• Mengambil berat akan anak buahnya. Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan meminta anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung.
• Bijak memerangkap orang yang bersalah melalui kata-katanya. Contohnya sewaktu berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah pusaka arwah datuknya.
• Menjadi pakar rujuk permasalahan Adila. Terutama sekali Adila mula jatuh cinta dengan Bujei.
WATAK SAMPINGAN : SAME‟AH sambungan…
• Bertimbangrasa dan baik dengan Bujei. Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei
• Anak Sidang Saman
• Berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.
WATAK SAMPINGAN : HARUN sambungan…
• Seorang duda
• Berkahwin dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian ibu Bujei.
• Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit.
• Panas baran dan sering memukul serta mendera isterinya.
• Mengikis wang peninggalan bekas suami Fatimah. Melakukan keganasan terhadap isteri dan anak tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat daripada perbuatannya dan anak tirinya menjadi sasau.
• Suka berpura-pura. Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda tangan Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.
WATAK SAMPINGAN : WAK SENEN
• Suka bersedekah. Sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar.
• Baik hati. Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun.
• Mengambil tindakan dengan teliti. Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum melakukan sesuatu perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan semula tanah pusaka Bujei.
GAYA BAHASA
• Simile
Contoh:
“Jangan takut”. Dia mendengar lagi, seperti memujuk pula.
• Personafikasi
Contoh:
Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya.
• Hiperbola
Contoh:
“Macam seorang pembunuh yang suka membunuh orang… tak kira tempat atau masa, tak kira sesiapa aje?”
• Sinkope
Contoh:
Tak tentu perasaan Bujei mendengar suara Adila dan sebutan yang begitu hormat dirasakannya.
• Metafora
Contoh:
Tidak pernah diduga, apa lagi mengharapkan satu lorong yang akan membebaskan dirinya daripada pasung peribadi itu.
• Kata Ganda
Contoh:
Dia bagaikan merindui tempat-tempat dan lorong-lorong yang biasa dikunjunginya..
NILAI
• Nilai kasih sayang
Contoh:
Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.
• Nilai hormat menghormati
Contoh:
Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya Hafiz.
• Nilai baik hati
Contoh:
Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.
• Nilai keadilan
Contoh:
Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.
• Nilai keberanian
Contoh:
Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.
• Nilai keadilan
Contoh:
Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.
• Nilai keberanian
Contoh:
Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan
Contoh:
Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan bapa tirinya.
• Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.
Contoh:
Alias telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
• Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik
Contoh:
Adila optimis dia boleh membatu Bujei memulihkan keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya.
• Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat.
Contoh:
Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila kerana telah berkahwin dengan orang lain.
• Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh:
Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan Adila menghidapi penyakit AIDS untuk menjauhkan perhubungan mereka.
• Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.
Contoh:
Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih bagi mendapatkan cinta Adila
LATAR
• Latar Masa
Contoh:
* Waktu pagi -
“Okey, Good morning Bujei”.
* Waktu maghrib -
Kedengaran bunyi azan maghrib dan spontan Sidang Saman menoleh ke belakangnya.
* Waktu petang - Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurungnya.
• Latar Masyarakat
* Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.
Contoh:
Masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal.
* Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemahusiaan.
Contoh:
Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun.
Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.
Contoh:
Baharu sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk Fatimah untuk membeli kereta..
* Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.
Contoh:
Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Same‟ah.

1 ulasan:

  1. No Deposit Bonus at Casino | Dr.MCD
    No 부산광역 출장샵 Deposit Casino Bonus - New No Deposit Bonus 2021 | Casino Promos & Coupons 경상북도 출장마사지 | Latest Vegas 제주도 출장샵 Online 양주 출장마사지 Casinos Deals. Play 영천 출장마사지 with free and real money

    BalasPadam