Selasa, 18 Disember 2012


SEJARAH STPM PENGGAL 1
TEMA 1
MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN

Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal

1.
masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.
2. masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)
3. manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England
1.     Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi   sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi  daripada mereka.   Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron,  duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja.
2.     Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja. Punca kekayaan golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja.
3.     Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut.
4.     Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberikan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan.
5.     Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief.
6.     Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.

Susun lapis masyarakat feudal di England
1.     Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.
2.     Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya  atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba.
3.     Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan.
4.     Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada  daripada golongan  bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah      barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab.

Tambahan > Perbandingan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun
Persamaan:
1.     Konsep masyarakat feudal yang berasaskan saling memerlukan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk pyramid
2.     Pembentukan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas
3.     Kurang perubahan status atau mobiliti sosial
4.     Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat
5.     Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda, pedang dan baju perisai

Perbezaan:
1.     Masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-undang dan kewajipan manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius
2.     Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu
3.     Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun
4.     kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak
5.     Di  England, sesiapa boleh memiliki tanah asalkan berjasa kepada pemerintah (Knight)  tetapi di Jepun golongan samurai tidak berhak untuk mempunyai tanah
6.     Di  England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua tentera

MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN
Pengenalan

Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai  telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri.
Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan  bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
1.     Kemajuan dalam sistem pertanian
-      Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda.
-      Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman, Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia)
-      Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
2.     Perkembangan perindustrian
-      Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada kewujudan masyarakat industri.
-      Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup
-      Kemajuan dalam industri tekstil khususnya di Berlin
-      Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.
3.     Kemajuan dalam sistem pengangkutan
-      Masyarakat industri di Jerman juga maju dalam sistem pengangkutan.
-      Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.
-      Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.
4.     Perdagangan antarabangsa
-      Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di Jerman yang menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
-      Daripada perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan.
-      Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu serta membina pengkalan tentera di sana.
5.     Kemajuan dalam sistem kewangan
-      Pada tahun 1840an, Bank of Prussia menjalankan perniagaan perbankan sebagai join stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
-      Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872)
-      Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri baru pada abad ke 18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank.
-      Penyaluran modal tersebut membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri.
-      Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu perkembangan industri apabila menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk.
6.     Dasar kerajaan
-      Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman yang menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga mahir.
-      Undang-undang insurans sosial juga dikuatkuasakan pada tahun 1883
-      Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana kos pembiayaan 2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan
-      Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran rakyat
-      Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank
-      Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di Eropah.

MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND
Pengenalan

Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.
Revolusi perindustrian  mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.
Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud  selepas berlakunya Revolusi Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria  kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.
Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan jurutera.

Faktor-Faktor Yang Mendorong Tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.
1.      Berlakunya perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkan pengeluaran makanan di England.
2.      Perkembangan industri tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England telah mendorong pengambilan beribu-ribu tenaga kerja untuk menghasilkan barangan tekstil.
3.      Revolusi ini juga berlaku kerana England mempunyai modal yang banyak yang dipusatkan di Bank England dan juga mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih timah.  Bekalan bahan mentah ini juga dibekalkan oleh empayar England di luar negara.
4.      Di England juga berlaku pertambahan penduduk turut menyumbang kepada bekalan tenaga buruh yang tinggi untuk kilang dan pasaran yang tersedia sama ada dalam negara dan empayar luar England.
5.      England juga mempelopori perindustrian di Eropah kerana mempunyai hasil kekayaan yang dikumpul daripada pengamalan dasar mekantilisme. England juga muncul sebagai negara yang pertama berlaku revolusi perindustrian kerana tidak mendapat persaingan daripada negara-negara Eropah yang lain seperti Perancis dan Jerman.
6.      Pada abad ke-18, England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka iaitu golongan aristokrat (bangsawan) diberi keistimewa yang banyak, memiliki kekayaan dan pengaruh politik. Di bawah sistem terbuka ini golongan pedagang diterima secara terbuka dan mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya.
7.      Golongan puritan merupakan sebahagian kecil golongan agama bermazhab protestan yang tidak berpuas hati  dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) terhadap pengekalan amalan dan sifat gereja tradisional Kristian. Golongan ini turut membantu perkembangan rovolusi perindustrian di England dengan melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga memperkenalkan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang industri.
8.      Penciptaan baharu dalam revolusi pertanian seperti mesin menyemai benih, mesin pembajak Rotterham, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap telah mendorong berlakunya revolusi perindustrian di England. Penciptaan mesin-mesin ini telah dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan meningkatkan hasil pertanian seterusnya hasil yang berlebihan ini dijadikan sebagai sumber bahan mentah dalam sektor industri.

Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England
1.     Kemajuan dalam sistem pertanian
-      Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
-      Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian  akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa
-      Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.
-      Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull
-      Pengenalan baja kimia
-      Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih moden  dan tebus guna tanah secara heavy manuring
2.     Masyarakat yang berasaskan kepada perindustrian
-      Perkembangan industri tekstil  membawa kepada penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
-      Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa
-      Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera
3.     Kemajuan dalam sistem pengangkutan
-        Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.
-        Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
-        Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.
-        Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England
4.     Penghijrahan dan pertambahan penduduk
-        Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
-        Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
-        Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
-        Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di negara berkenaan.
5.     Perluasan perdagangan antarabangsa
-        Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds.
-        Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.
6.     Perubahan gaya hidup
-      Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan sebagainya.
-      Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.
7.     Masalah pencemaran dan kesihatan
-      Industri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan masyarakat
-      Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandar
-      Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat
8.     Kemunculan kelas baharu masyarakat
-   Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik  kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.
-   Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan kelas pertengahan.
-   Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.
9.     Kemunculan golongan proletariat
-        Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian dikuasai oleh pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan proletariat.
-        Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar upah minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari
-        Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.
-        Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong 1842.
10.   Kelahiran idea-idea baru
-        Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang berupaya menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
-        Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.
-        Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa bekerja tidak lebih 10 jam sehari.

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN
Maksud Masyarakat Maritim


Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.
Bagi negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara China dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di bawah kekuasaan shogun. Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan ini telah merancakkan perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai peraturan tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah telah datang dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan dasar tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun dilarang ke luar negara.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.
1.     Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan. - Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.


2.     Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai. - Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.
3.     Masyarakat pelbagai Budaya. - Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.
4.     Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran. - Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China. Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.

5.     Pelabuhan Entreport. - Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan  entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.
6.     Menerima Pengaruh Luar. - Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan.

Perkembangan Masyarakat Maritim Di Jepun.
1.           Di zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun telah mengalami perubahan ekonomi seperti perdagangan, pembuatan kertas, pengeluaran kain, barangan logam, tenunan dan sebagainya yang sedang berkembang maju.

2.           Pada abad ke-16, masyarakat Jepun telah mengadakan hubungan perdagangan dengan perdagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan. Hubungan yang terjalin turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan, kesenian dan berlaku penyebaran agama Kristian.
3.           Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda tangani satu perjanjian perdagangan dengan pedagang Portugal. Melalui perjanjian ini, pedagang Portugal dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki dan perkara ini telah mendorong berlaku peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi pedagang Jepun untuk ke luar negara.
4.           Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan beberapa buah bandar semakin berkembang sebagai pusat ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan Edo. Bandar diraja Kyoto telah menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun. Bandar Osaka pula telah menjadi bandar perdagangan dan perindustrian. Manakala bandar Seto di wilayah Owari telah menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun. Kemudian muncul pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya mengatasi bandar-bandar lama.
5.           Masyarakat Jepun telah mengimport barangan tropikal dari Asia Tenggara, barangan sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga daripada China. Menjelang abad ke-15 dan 16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain seperti pedang, kipas berlibat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemindang mendapat permintaan yang tinggi di China.
6.           Pada zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara luar dengan harapan Jepun akan memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam perdagangan. Shogun Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan Sepanyol di Filipina dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal. Oleh itu Ieyasu telah mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi malangnya gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapannya dan hal ini telah menyebabkan Ieyasu marah. Perkara ini telah mendorong Shogun Ieyasu memberi perhatian pula kepada kedatangan pedagang British dan Belanda.
7.           Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara barat,  tetapi hubungan yang terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di Jepun dengan negara luar seperti dengan Portugal, British, Belanda dan Sepanyol pada abad ke-16 dan 17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi mengantikan penggunaan beras dan kain sebagai tukaran di Jepun. Penggunaaan mata wang perak ini telah menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak, perak dan emas.
8.           Perkembangan ekonomi wang telah mempercepatkan kemajuan perdagangan tempatan dan luar negara terutamanya dengan China. Namum hubungan perdagangan antara Jepun dengan China terputus akibat serangan lanun Jepun ke atas China. Oleh kerana Jepun mahukan barangan sutera dan mewah China manakala China pula memerlukan barangan perak Jepun maka mereka menjadikan pedagang Portugal di Macau sebagai orang tengah dalam hubungan perdagangan.
9.           Perkembangan ekonomi ini juga telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan dan telah membawa pertambahan jumlah bilangan golongan tukang (artisan) dan saudagar. Persatuan mula muncul terutama persatuan kewangan (mujinko).
10.       Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Sebelum ini golongan samurai bergantung hidup dengan menerima pendapatan berbentuk berguni-guni beras daripada shogun dan daimyo telah menjualnya kepada golongan saudagar di Osaka. Perkara ini telah menyebabkan golongan saudagar menjadi semakin kaya di Jepun walaupun dalam sistem feudalnya berada tahap paling rendah.
11.       Pada abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang yang cekap dan berpengalaman serta golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian.
12.       Di Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan tembikar telah diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan telah menjadi industri penting di Jepun. Industri tekstil turut berkembang pesat di Jepun terutama dalam penghasilan broked sutera yang cantik. Jepun juga menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang bermutu dan mempunyai hiasan yang indah.
13.       Walaubagaimanapun perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun Tokogawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.
14.       Segala aktiviti perdagangan telah diharamkan dan semua orang asing atau pedagang asing di halau keluar dari Jepun. Ini terdapat dalam arahan larangan yang dikeluarkan pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara larangan yang dibuat ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara, rakyat Jepun juga dilarang meninggalkan negara dan mengharamkan kapal-kapal asing masuk ke Jepun.

MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL
Pengenalan

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.
Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.



Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal
1.     Lokasi di pesisiran pantai - Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.
2.     Terdapat pelabuhan pembekal - Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.
3.     Memiliki pelabuhan entrepot - Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.

4.     Mampu membuat perahu dan kapal layar - Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.
5.     Mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur - Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.
Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur.

Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.
6.     KEMAJUAN TEKNOLOGI PELAYARAN
Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.
Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.
Kesimpulan
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun.Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut .Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.






TEMA 2
KERAJAAN KESATUAN PERANCIS

Pengenalan
-
Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara kesatuan dan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan mempengaruhi keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing.
Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local government). Manakala kerajaan persekutuan pula merupakan sebuah negara yang mengamalkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri (kerajaan tempatan).
Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di negara Perancis manakala kerajaan persekutuan telah diamalkan di negara Amerika Syarikat.
Kerajaan Kesatuan Di Perancis - Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan, boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat negeri/wilayah. Negara kesatuan Perancis mempunyai beberapa ciri iaitu:
1.     Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di negara Perancis.
2.     Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan ejen kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu pemerintah pusat  memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke daerah/wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan pusat.
Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan iaitu tidak akan berlaku masalah pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pengubal dengan pelaksana dasar dapat dielakkan. Hal ini kerana segala keputusan akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan ini pemerintahan akan dapat dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.
Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya tetapi dengan segera dapat diatasi oleh kerajaan pusat dengan menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.
Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis kerana mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai jumlah penduduk tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.
Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku perubahan di Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya semangat nasionalisme di Perancis.
Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada commune.
Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.
Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.
Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.
Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan dan sebagainya.

PENYATUAN ITALI

Pengenalan -
Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke 19. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian  Utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih di kuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah  pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali  Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillio Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara.  Count Camillio Cavour amat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan berusaha mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860.
Proses Penyatuan
1.      Gerakan untuk menyatukan Itali bermula sejak tahun 1815 oleh kelas Pertengahan Itali.
2.      Faktor pertama ialah penduduk Perancis pada era Napoleon Bonaparte di Itali menyaksikan sistem pentadbiran yang berkesan perlu diwujudkan. Napoleon   memperbetulkan undang-undang supaya lebih adil kepada semua kelas. Keistimewaan golongan aristokrat dihapuskan & golongan menengah yang rajin berusaha dinaikkan pangkat  yang sama seperti golongan aristokrat.
3.      Faktor kedua berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi golongan saudagar, mereka percaya dengan penyatuan Itali, dapat memberi faedah dalam bidang ekonomi. Faedahnya termasuklah cukai kastam dapat dihapuskan, pasaran lebih luas, pembinaan jalan pengangkutan diseluruh Itali & penyediaan prasarana pelabuhan yang lebih baik. Itali juga dapat menjadi penghubung antara England dengan India apabila Terusan Suez dibuka.
4.      Faktor ketiga ialah semangat untuk menyatukan Itali  dikuatkan lagi dengan sentimen anti- Austria yang menguasai Lombardy & venetia serta menempatkan tentera di 4 kawasan strategik di Itali iaitu Verona, Mantua, Peschiera & Legnano. 
5.      Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830, kemungkinan berperang  secara terbuka dengan penjajah Austria agak  sukar dilakukan. Mereka yang menentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam bentuk kongsi gelap. Kongsi gelap yang terpenting ialah Carbonari. Walaupun Carbonari melakukan 2 kali penentangan pada tahun 1818 & 1830, namun gerakan tersebut mengalami kegagalan.
6.      Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan Itali dapat diperhatikan melalui beberapa gerakan yang dipimpin oleh Mazzini, Count Camillo Benso di Cavour & Guiseppe Garibaldi.
Perjuangan Mazzini
1.      Mazzini (1805-1872), berasal dari Genoa menubuhkan satu gerakan yang dikenali sebagai Itali Muda ( Young Itali ). Beliau berhasrat menjadikan Itali sebuah kerajaan republik. Gerakan Young Itali cuba bersifat nasional dengan mempengaruhi pelbagai golongan  seperti golongan pertengahan, pekerja, buruh, pegawai, petani,pengawai tentera & sebagainya. Pada tahun 1833, dianggarkan 60000 menjadi ahli gerakan ini.
2.      Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles Albert.
Perjuangan Count Camillo Benso de Cavor
1.      Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count Camillo Benso de Cavor (1810-1861), Perdana Menteri dalam kerajaan Raja Victor Emmanuel di Piedmont ( Sardinia).
2.      Semasa pemerintahan Raja Charles Albert, Count Camillo Benso tidak terlibat dengan kerajaan tetapi apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki tahkta, Count Camillo Benso de Cavour terlibat secara langsung dalam bidang politik. Pada tahun 1849, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Piedmont. Pada tahun 1850, beliau menjawat Menteri Pertanian & Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau menjadi Menteri luar & Perdana Menteri Piedmont.
3.      Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan Piedmont dengan menurunkan kadar cukai, membina kilang, membawa masuk jentera, memperbaiki jalan raya & membina jalan kereta api. Sistem kewangan kerajaan disusun semula & menghadkan keistimewaan yang diberi kepada penguasa gereja.
4.      Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan kepada cita-citanya iaitu menyatukan Itali. Oleh sebab itu, beliau telah menyusun semula tenteranya dengan berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di Itali yang ingin menghalau pemerintah Austria dari Itali .
5.      Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimer bagi menentang Rusia. Namun ramalan Count Camillo Benso de Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia tidak berlaku dan rancangan pertama ini gagal.
6.      Langkah kedua dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan dengan Perancis akhirnya pada tahun 1858 Cavour menandatangani perjanjian dengan Napoloen III yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaan Austria.
7.      Peperangan antara Sardinia-Perancis dengan Austria meletus dan Austria dapat ditumpaskan di Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis memberhentikan peperangan tersebut dan membuat perjanjian dengan Austria.
8.      Kekalahan Austria telah  memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria seperti Tuscany, Parma dan Modena kerana kehilangan sokongan pihak luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri
9.      Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya Sardinia terlibat secara aktif di kawasan tertentu seperti di negeri-negeri Papal. Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal dan akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan Sardinia kecuali Rom. Kemenangan ini bermakna Cavour berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.
10. Seorang lagi tokoh yang terlibat dengan penyatuan Itali ialah Giusepppe Garibaldi (1807-1882) yang berasal dari Nice.
11. Di bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Raja Bourbon, Ferdinand II dan penggantinya Francis II.
12. Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi   pemberontak disana. Dalam masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya menguasai Sicily dan Naples.
13. Sehingga tahun 1861, semua negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17 Mac 1861, Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.
14. Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir  Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki Rom.
15. Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke penghujungnya.

PENYATUAN JERMAN
Pengenalan

1.
     Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahan masing-masing. Pada awal abad ke-19M, Jerman telah dikuasai oleh Perancis di mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta mengubah sempadan Eropah. Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan mencantum negeri-negeri kecil di Jerman.
2.     Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Persidangan Viena telah dibuat dan mereka bersetuju untuk mencantumkan Jerman kepada 39 buah negeri sahaja (Pengabungan Jerman) yang terdiri daripada Austria, Prusia, Bavaria, Wurtemberg, Honaver dan Saxony.
3.     Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa faktor penghalang seperti kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan dan ramai golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah menetap di Amerika.
4.     Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap wujud bermula pada tahun 1815 iaitu selepas tamat perang Napoleon melalui Kongres Vienna. Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan keadaan ini mendorong kepada kerjasama ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.
5.     Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan ini telah berusaha menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria. Perkembangan perdagangan ini telah menyebabkan negeri di Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.
Proses Penyatuan Jerman
1.     Prusia dilihat sebagai memainkan peranan efektif ke arah penyatuan Jerman, apabila William 1 ditabalkan sebagai Raja Prusia yang baru pada 1861 percaya Prusia boleh memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah ke arah tersebut telah dilaksanakan seperti memperbesarkan angkatan tentera melalui penambahan pegawai tentera, rekrut tentera yang ramai dan memanjangkan perkhidmatan sukarelawan kepada 3 tahun.
2.     Untuk merealisasikan tujuan tersebut, William 1 telah melantik Otto von Bismark, iaitu seorang junkers (tuan tanah) yang pernah menjadi ahli parlimen (1847), duta Prusia ke Rusia dan Perancis pada tahun 1859 dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru pada tahun 1862. Tugas utama Bismark ialah menjinakkan ahli-ahli parlimen Prusia supaya patuh kepada kehendak  kerajaan dan raja. Namun apabila parlimen menolak permintaan William 1, Bismark telah bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan proses penyatuan Jerman .
3.     Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman.
4.     Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga peperangan. Peperangan pertama Bismark ialah menentang Denmark atas isu daerah Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark. Kedua-dua daerah ini mempunyai majoriti bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan kepada Bismark. Untuk mencapai tujuan tersebut, Bismark telah memujuk Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864. Perang Prusia-Denmark ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865. Mengikut perjanjian ini menyaksikan Austria diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala Prusia mengawal Schleswig.
5.     Namun demikian usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya Austria tidak dapat ditakluki. Justeru itu, Bismark mula mendapat sokongan daripada sekutunya di Eropah untuk membantu. Beliau telah menawarkan bantuan kepada Rusia ketika Rusia berhadapan dengan pemberontakan di Poland. Manakala di Itali pula, Bismark telah menandatangani perjanjian pada 1866, iaitu Prusia akan membantu Itali untuk mendapatkan wilayah Venetia yang dikuasai oleh Austria.
6.     Bismark mendapat persetujuan William 1 serta ketua-ketua tentera untuk memerangi Austria namun ditentang oleh Parti Progresif yang menguasai parlimen. Bagi mengatasi senario tersebut, Bismark telah bertindak memberikan hak mengundi kepada semua lelaki dewasa dalam pilihanraya dan bukannya hanya kepada golongan lelaki bangsawan seperti yang diamalkan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen.
7.     Bagi meneruskan misinya, Bismark telah mengistiharkan perang ke atas Austria apabila menghantar tentera ke Holstein pada 15 Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan Austria telah melayan dengan buruk orang-orang Jerman yang berada di Austria. Perang ini mengambil masa selama 7 minggu, oleh sebab itu ia dikenali Perang Tujuh Minggu.
8.     Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague pada tahun 1866. Mengikut perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada Prusia dan wilayah Venetia diserahkan kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark mengabungkan semua negeri-negeri utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman Utara.
9.     Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman. Napoleon III tidak akan menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman. Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis mula bimbang kebangkitan Prusia sebagai kuasa kuat di Eropah. Ini telah mendorong Perancis menuntut agar negeri-negeri Selatan Jerman diserahkan kepada Perancis sebagai balasan pertolongan Perancis kepada Prusia mengalahkan Austria.
10.  Dengan menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-negeri Selatan Jerman bersatu dengan Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu Perancis supaya tidak membantu Perancis. Dalam meneruskan misinya Bismark telah melancarkan perang ke atas Perancis pada Julai 1870. Perancis berjaya dikalahkan oleh Prusia pada tahun 1871 dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt.
11.  Mengikut perjanjian ini, Perancis serah wilayah Alsace dan Lorraine serta membayar ganti rugi perang sebanyak 3 ribu juta kepada Prusia. Selepas berjaya mengalahkan Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi Empayar Jerman yang mengandungi 25 negeri kecuali Austria.
12.  Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismark menjadi Cancellor (Perdana Menteri). Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.
13.  Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk mewujudkan keamanan di dalam dan luar negeri Jerman, membangunkan negara dan mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara Eropah. Bismark juga telah menanda tangani
perjanjian 3 kuasa iaitu antara Prusia dengan Itali dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Tujuannya untuk menggelakkan daripada Perancis menyerang Jerman.
14.  Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan menubuhkan parlimen yang mengandungi Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja. Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektor perindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan serta pemulihan sosial.

RAJA BERKUASA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND
Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan Di England

Pengenalan
Raja Henry VII - Pengasas Dinasti Tudor Di England
1.     Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah. Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkan kedudukannya. Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak.
2.     Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad ke-15 dan England berada  di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros. Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I.
3.     Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara.
4.     Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak membelakangkan parlimen.
5.     Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England seperti keagamaan, luar negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu Elizabeth I diterima oleh rakyat.
6.     Namun demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1688), sistem pemerintahan beraja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja Charles I sebelum bertukar kepada raja berpelembagaan.
Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak
1.     Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku.  Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh  Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk mengawal
kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka
2.     Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam).
3.     Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords.
4.     Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik). Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.
5.     Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik.
6.     Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648).
7.     Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja,  dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa.
8.     Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab Katolik. Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan Raja James I dengan golongan puritan.
9.     Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka.
10.  Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di parlimen.  Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.
11.  Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan.
12.  Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.
13.  Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen. Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.
14.  Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya.
15.  Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell. Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.

Perkembangan Raja Berperlembagaan di England :

1.
     Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688.
2.     Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu.
3.     Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
4.     Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara.
5.     Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.

6.     Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang
7.     Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.
8.     Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja
9.     Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.

RAJA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI PERANCIS
Pengenalan

1.
     Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15M, telah menjadi asas bagi kemunculan pemerintahan mutlak di Eropah pada abad ke-16M dan ke-17M seperti Perancis. Maksud raja mutlak ialah pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen dan segala arahan raja merupakan undang-undang. Raja yang dilantik adalah atas kehendak Tuhan untuk menjadi ketua kepada rakyat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Rakyat tidak boleh membantah perintah raja walaupun raja memerintah dengan zalim.
2.     Pemerintahan raja mutlak di Perancis muncul di dorong dengan lahirnya idea-idea oleh pemikir-pemikir politik seperti Jean Bodin, Hugo Crotius dan Cardinal Duc de Richelien. Jean Bodin mengesyorkan supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat yang kuat supaya boleh mengawal wilayah dengan lebih baik dan berkesan. Hugo Crotius pula mengatakan sesebuah negara berhak mempertahankan negara dengan membela hukum antarabangsa dan sesiapa yang mencabuli hukum antarabangsa akan
dianggap penceroboh. Manakala Cardinal pula, berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak. Untuk menggelakkan daripada berlakunya ancaman atau penentangan maka rakyat tidak perlu diberi pendidikan.
3.     Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai antara negara yang terkuat di Eropah menggantikan Sepanyol. Pemerintahan raja mutlak di Perancis dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715) yang dikenali sebagai ‘Grand Monarch’ yang memerintah selama 72 tahun. Semasa pemerintahannya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis.
4.     Baginda mengukuhkan kedudukannya melalui pentadbiran pusat yang kukuh dan teratur. Bagi memastikan dasar pemerintahannya dapat dilaksanakan dengan baik, baginda terlibat dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya mengawal mereka dengan dibantu oleh menteri-menteri yang berwibawa.
5.     Raja Louis XIV mendapat sokongan padu daripada golongan bangsawan, Huguenot dan institusi-institusi kerajaan. Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki mutlak di Perancis. Untuk memperkukuhkan lagi pemerintahnnya, Raja Louis XIV telah memperkenalkan beberapa dasar seperti:
a)     Dasar Dalam Negara
Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama dan juga telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya mentadbir seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban (Menteri Ketenteraan).
Louis juga menggunakan menteri yang bertanggungjawab bagi malaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi Perancis. Penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pentadbiran dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.
Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup bergaya dengan itu beliau mendirikan istana besar di Versailles dan di beberapa buah tempat lain. Arkitek-arkitek  terkemuka digaji untuk mereka bangunan dan pelukis-pelukis terkemuka  mengindahkannya. Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar.
Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen daripada raja dan dikehendaki tinggal dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan sokongan raja.
Perkhidmatan awam terdiri daripada menteri-menteri yang berkebolehan antaranya Jeans Baptiste Colbert sebagai menteri kewangan. Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere.
b)   Dasar Ekonomi
Baginda melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai negara yang makmur . Melalui dasar Colbert, wujud perkembangan industri baru, memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan harga kebanyakan
barangan. Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan namun perbelanjaan untuk peperangan tempatan semakin bertambah.
c)   Dasar Ketenteraan
Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah mengadakan reformasi dalam ketenteraan apabila raja mempunyai kawalan penuh ke atas ketenteraan. Baginda juga menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan.
Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera, menyediakan perumahan dan bekalan makanan kepada golongan tersebut. Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit. Kesannya tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.
d)   Dasar Agama
Dalam aspek agama raja bertindak untuk memaksa golongan bukan Katolik iaitu Huguenot (Calvinis) untuk menerima agama Katolik. Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk menganut agama pilihan mereka telah dibatalkan oleh raja pada 1685.
Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 ribu penganut bukan Katolik meninggalkan Perancis dan berhijrah ke England dan Amerika.
e)   Dasar perluasan wilayah
Semasa pemerintahan Raja Louis, wilayah kekuasaan Perancis merangkumi Sungai Rhine dengan Perancis menguasai wilayah-wilayah seperti Spanish Netherlands dan United Province.
6.     Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah kewangan  Perancis dengan mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan, gereja dan hakim.
7.     Raja Louis XIV telah mengadakan persidangan parlimen buat kali pertama pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara lama yang memberi kelebihan kepada Estet (Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan. Segala usul yang dibincangkan akan diundi yang akan menyebelahi Estet Pertama dan Kedua. Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu, tetapi tidak mendapat persetujuan oleh Raja Louis XIV.
8.     Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara) telah diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah berkumpul di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka mengubal perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai “Sumpah Padang Tenis”.
9.     Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep persamaan dan keadilan dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Perjuangan mereka turut mendapat sokongan golongan miskin dan sebahagian tentera yang dipimpin oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV.
10.  Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa. Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Perancis.
11.  Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan sistem feudal, perhambaan, golongan istimewa, monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang sama untuk semua, menghapuskan buruh paksa, menghapuskan cukai dan semua jenis hak istimewa gereja ditarik balik. Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di Perancis dikenali sebagai “Hari Ogos”.
12.  Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal bebas serta mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas untuk bertukar-tukar fikiran selagi tidak melanggar batas undang-undang.
13.  Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan judisiari. Wujudnya perlembagaan ini maka bermulanya pemerintahan raja berperlembagaan selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik.
14.  Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan berlaku perpecahan dalam kalangan pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan girondin. Akhirnya Perancis telah diperintah oleh diktator Maximilien Robespierre dari golongan jacobin dan zaman ini dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah Revolusi dan Undang-Undang Syak. Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong raja akan dihukum tembak atau pancung.
15.  Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan alat gilotin. Robespierre sendiri dihukum pancung dengan menggunakan gilotin oleh penyokong parlimen. Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis pada tahun 1794. Perancis menjadi aman selepas pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon Bonaparte pada penghujung tahun 1799.

 Akan bersambung lagi.........

6 ulasan: