Selasa, 18 Disember 2012


STPM PERMATA SASTERA MELAYU PENGGAL 1

Sinopsis
Seorang guru dan ketua warden veteran yang bernama Cikgu Ibau Paul Nyibang bakal bersua muka dengan bekas murid yang pernah beliau rotan suatu ketika dahulu bernama Naszkir. Naszkir adalah seorang pelajar yang bermasalah di sekolahnya suatu ketika dahulu. Perasaan cikgu Ibau ketika bertemu Naszkir tidak menentu dan hatinya geram apabila Naszkir dilantik oleh cikgu Micheal Teo sebagai warden asrama. Cikgu Ibau tidak dapat menerima pendapat rakan-rakannya bahawa  Nazskir mampu menyelesaikan maslah yang berlaku di asrama. Beliau menganggap dirinya lebih berpengalaman.  Orang baru hanya mempunyai kelulusan tinggi sahaja teta[i kurang pengetahuan. Hati cikgu Ibau menjadi kacau kerana anak muridnya itu berjawatan lebih tinggi daripada dirinya. Fikirannya menjadi tidak menentu. Beliau berkonflik dengan Naszkir kerana keputusan menerima kembali Tingang yang telah dibuang asrama.Bagi Naszkir, Tingang perlu diberi peluang kedua. Konflik agak reda apabila pengetua memanggilnya dan minta supaya beliau menerima keputusan cikgu Naszkir menerima Tingang. Tingang budak pandai dan berasal daripada keluarga susah perlu diberi peluang kedua dengan perjanjian bertulis. Pada hari persaraan cikgu Ibau, Naszkir diberi peluang berucap mewakili guru-guru. Dalam ucapannya, beliau telah memberi nasihat kepada para pelajar agar jangan menaruh perasaan dendam kepada guru walau pernah diambil tindakan disiplin sebelum ini. Semua tindakan guru adalah demi kebaikan kepada semua pelajar.

Sinopsis
Kisah kehidupan masyarakat ikan. "Aku" dalam cerpen ini mewakili seekor ikan haruan. Terdapat ahli masyarakat ikan yang lain yang hidup aman damai dan bersukaria di Sungai Tengas. Haruan memberi peringatan kepada rakan-rakan ikan yang lain meliputi Keli, Puyu, Sepat, Sebarau. Lampam, Temelian, terbui, Baung, Kelah dan semua penghuni sungai agar selalu berhati-hati. haruan memberi peringatan tentang kisah-kisah sedih di sungai lain dalam dunia ini yang telah menyebabkan kehidupan di air musnah akibat pencemaran dan sebagainya. Malah akal manusia sangat cerdik untuk membuat tipu helah bagi menangkap ikan sebanyak yang boleh untuk di jadikan makanan. Mereka menangkap ikan dengan pelbagai cara seperti menjala dan menuba ikan. Kegiatan menuba ikan adalah perbuatan salah dan boleh menyebabkan air sungai tercemar. Akibat perbuatan Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh menuba ikan telah menyebabkan anak-anak mereka sendiri mabuk dan bergelimpangan akibat terminm air tuba ketika mereka sedang mandi di Sungai Tengas. Setelah minum air kelapa muda, anak-anak itu pulih semula. Namun begitu, yang lebih menyedihkan masyarakat ikan ialah melihat anak-anak, cucu dan cicit ikan mati bergelimpangan akibat terkena air tuba dari hulu sungai,

 

 

 

 

 


Sinopsis
Penulis menggunakan perkataan aku seolah-olah mewakili dirinya. Gambaran "Aku" mungkin sedang berada di atas sebuah tanah perkuburan atau di atas padang datar yang dipenuhi dengan padang rumput. Penulis sedang mengenang dan membayangkan keadaan ibunya di dalam liang lahad. Ibunya sedang tidur aman dan mengharapkan supaya roh ibunya dalam keadaan selamat dan mengharapkan balasan syurga Allah. Lalu disertakan beberapa maksud ayat al-Quran yang menjanjikan balasan baik bagi orang mukmin yang taat kepada Allah serta sanggup berkorban demi anak-anaknya. Sebagai seorang perempuan, beliau telah melalui semua proses kehidupan daripada waktu lahir sehinggalah dewasa membesar seperti orang lain. Melah beliau telah bersekolah sehingga peringkat universiti, bekerja sebagai pensyarah dan kini sudah bersara. Penulis juga memikirkan untung nasibnya sesudah mati. Beliau sering berdoa sebelum waktu beradu seandainya kematian menjelang tiba pada waktu tidurnya. Seterusnya penulis mengucapkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia sekalipun sudah bersara dan menjadi orang biasa-biasa sahaja tanpa darjat, gelaran dan harta yang banyak. Penulis sudah sedia untuk hidup sendirian dan ditinggalkan anak-anak. Beliau juga merasakan dunia kehidupan yang lalu umpama longgokan sampah sarap.

Pada waktu malam beliau tersedar dari tidur dan seolah-olah sedang berada di satu dunia asing dan terasa semacam beliau sudah mati. Namun apabila diamat-amati, beliau tidak mati tetapi sedang berada di kawasan tanah datar yang dipenuhi dengan rumput-rumput. Di hadapannya ada lautan dan persekitarannya ada tanah tinggi yang juga dipenuhi dengan rumput. Penulis melakukan ibadat daripada tengah malam, subuh, duha hinggalah ke petang. Beliau terus berzikir sambil mengimbau kenangan lalu. Lalu terbayang lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan mencapai kedamaian. 
Maksud perkataan Melankoli bermaksud keadaan murung, sedih dan hiba.
Perwatakan "Aku"
Latarbelakang "Aku" dalam cerpen ini menunjukkan bahawa beliau seorang perempuan yang hidup bersendirian. Beliau pernah berkahwin dan mempunyai anak. "Aku" adalah seorang bekas pensyarah dan telah bersara. Seorang yang kuat beribadat dan sentiasa memikirkan masalah umat manusia di seluruh dunia terutamanya umat Islam.





Tempat = Mana mana
Waktu = Bila-bila
Babak 1 - Kisah Asiah Samiah tua dengan Marga tua selama 15 tahun. Marga tua menganggap Asiah Samiah setengah gila dan beliau tidak sanggup untuk melayani karenah Asiah Samiah.. Marga tua membenci Asiah Samiah tetapi pada masa yang sama mengiktiraf dirinya yang bijak dan bersimpati dengan dirinya. 
Babak 2 - Asiah Samiah masih muda (anak dara). Tuan Setiawan Tanjung mencari anaknya Asiah Samiah. Beliau bertengkar dengan tukang kebunnya Sari Saribiru. Kemudian diikuti dengan bicara Marga tua tentang Asiah samiah pada masa muda remaja. Gambaran Asiah Samiah masa muda dilihat sendiri oleh Asiah Samiah pada masa tua.
Babak 3 - Marga tua berbicara tentang kisah silam termasuklah tentang Misa Sagaraga yang sudah berjaya dalam hidup. Misa Sagaraga seorang yang kaya raya begitu aktif menjual saham syarikat-syarikat besar. Jualan sahamnya meliputi pelbagai syarikat. Selayaknya dia menjadi kaya kerana tindakannya dalam jual beli saham. Ada cara betul ada cara salah.
Diikuti pula nasihat Siti Bunirah Pak Leh kepada Asiah Samiah selaku anak dara supaya menjaga diri baik-baik.
Babak 4 - Marga Muda : Seorang penganggur yang dahulunya bekerja dengan penuh setia kepada majikannya selama 20 tahun.
Marga Muda berbicara dengan Anas Samanda tentang isu rumah dan tanah ibu bapa Anas Samanda yang ingin dirampas untuk dibina kondominium oleh seseorang yang dianggap lintah darat. Tanah yang diduduki sekian lama itu masih dianggap tanah haram dan akan dimiliki oleh orang yang datang kemudian.
Marga Muda meminta Anas Samanda akur dengan permintaan pemaju namun Anas Samanda enggan. Marga Muda menceritakan kisah hidup bapanya yang telah dianggap penjenayah kerana memperjuangkan tanah tempat tinggalnya. Bapanya dipenjara manakala keluarganya hidup sengsara. Jiran sebelah rumah yang menikmati hidup senang lantaran perjuangan bapanya pula tidak membantu keluarganya.
Babak 5 - Perbualan antara Asiah Samiah Muda dengan Sari Saribiru. Asiah Samiah mohon pertolongan kepada Sari tetapi beliau tidak mahu memberikan pertolongan. Misa Sagaraga lebih berpengaruh untuk memiliki Asiah Samiah berbanding Anas Samanda. Misa Sagaraga mempunyai kuasa wang dan harta sedangkan Anas Samanda miskin tidak berharta.




Babak 6 [ Puan Suari Alimin          : Ibu Asiah Samiah ] [ Tuan Setiawan Tanjung : Bapa Asiah Samiah. ]
Misa Sagaraga bagaikan dewa pemberi kurnia. Apa sahaja permintaan orang kampung dapat ditunaikan olehnya. Misa Sigaraga mampu mengurniakan jalan, cakruk, peluang kerja, lesen kontraktor dan lain-lain lagi.
Puan Suari Alimin, ibu kepada Asiah Samiah begitu bangga dengan bakal menantunya. Ibu dan bapa Asiah berharap anaknya dapat menerima Misa Sagaraga sebagai suami. Asiah Samiah membantah dan menyatakan bahawa kebahagian bukan ditentukan oleh kemewahan harta tetapi hati dan perasaan. Asiah Samiah sentiasa menunggu kepulangan dan pertolongan Anas Samanda bagai orang gila.
Babak 7 - Marga Tua berbicara tentang pengalaman hidup dan menjadi saksi kepada masalah manusia di persekitaran hidupnya. Masalah itu adalah masalah Anas Samanda, Asiah Samiah dan Misa Sagaraga. Kisah Asiah Samiah yang enggan berkahwin dengan Misa Sagaraga. Kehidupan Asiah menjadi suram dan tidak menentu. Pada masa yang sama Marga Tua mengkagumi Misa Sagaraga yang bernasib baik menjadi orang kaya. Gaya hidup Misa Sagaraga sangat mewah dan cuba menjadikan Asiah Samiah yang hidup ala kampung menjadi seorang yang moden dan menggunakan fesyen terkini. Asiah Samiah merintih dan mengenng kisah hidupnya yang malang kerana dijodohkan dengan Misa Sagaraga. Kisah Asiah Samiah terpaksa meninggikan suara membantah cadangan ibubapanya yang mahukan dirinya berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Asiah sentiasa terkenang kekasihnya Anas Samanda yang telah pergi meninggalkan Asiah tanpa khabar berita.
Babak 8 - Sari Saribiru, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak saling berdialog antara satu sama lain tentang hak ke atas hasil usaha mereka. Semuanya telah dirampas dan menjadi milik Misa Sagaraga. Bagi Asiah Samiah pula mengalami nasib yang lebih menyakitkan. Dirinya telah dimiliki secara paksa oleh Misa Sagaraga tanpa kasihan belas. Lalu lahirlah zuriat daripada hubungannya dengan Misa Sagaraga yang bernama Laila Anurisah yang beliau benci.
Babak 9 - Laila Anurisah lahir tetapi ditinggalkan oleh ibunya. Ibunya, Asiah Samiah menjadi tidak siuman dan Misa Sagaraga juga membenci anak kecil itu. Laila telah diusir dan Marga telah mengambil dan memelihara anak itu. 
Anas Samanda yang lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul dengan semangat perjuangannya yang ingin menegakkan ketidakadilan. Perjuangan beliau adalah melampaui tentangannya keatas Misa Sagaraga iaitu memerangi sistem, nilai dan minda. Bagi Anas, masalah Asiah dan Laila Anurisa adalah masalah kecil. Perjuangannya lebih besar daripada itu. Marga tidak mampu mempertahankan Laila, akhirnya Laila Anurisah disiksa dan hilang entah kemana dan.
Babak 10 - Anas Samanda telah mati dalam perjuangan kerana dihukum mati. Marga pula terpenjara kerana hadir dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Anas Samanda. Walaupun beliau hadir untuk menunjukkan Laila Anurisah kepada Anas namun beliau dianggap bersimpati dan menyokong perjuangan Anas Samanda. Setelah keluar dari penjara, Marga terpaksa pula mendengar rintih pilu cerita Asiah Samiah. Drama ini diakhiri dengan kemunculan semula anak Asiah Samiah iaitu Laila Anurisa yang sudah remaja. Laila yang disangkakan sudah mati di tangan ayahnya (Misa Sigaraga), sebenarnya masih hidup kerana diselamatkan oleh Pak Leh dan Siti Bunirah. Laila telah diselamatkan dan dibawa lari ke luar negara. Laila telah bertemu Marga tua dan mengucapkan terima kasih kepada Marga kerana telah                                menjaga dirinya ketika kecil.

Penulisan Drama
Drama ini mengunakan banyak teknik imbas kembali. Maksud imbas kembali ialah menurut kamus dewan ialah : bahagian cerita filem, novel, dsb yg memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa yg terdahulu: beliau menggunakan teknik ~, igauan, dan mimpi-mimpi ngeri; mengimbas kembali membayangkan sesuatu atau melihat kembali dlm fikiran: dia ~ detik perkenalannya dgn suaminya sekarang.

Drama ini dimulakan dengan watak Marga yang sudah tua sedang mengingat kisah lampau yang pahit tentang kehidupan Asiah Samiah. Pada babak dua diamarkan kisah kehidupan Asiah ketika muda yang hidup senang bersama keluarganya. Tuan Setiawan Tanjung dan isterinya Puan Suari Alimin mempunyai orang gaji bagi menjaga Asiah. Kehidupan Asiah sentiasa dipantau melalui orang gajinya.
Watak
1. Asiah Samiah
Seorang yang cantik. Anak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan  Puan Suari Alimin . Perempuan yang kecewa kerana cintanya terhalang. Cintanya hanya kepada Anas Samanda, namun cintanya tidak kesampaian. Berkahwin dengan Misa Sagaraga kerana menunaikan permintaan ibubapanya. Asiah Samiah tidak mencintai Misa Sagaraga. Mempunyai anak bernama Laila Anurisah namun tidak mampu membesarkan anaknya lantaran menghadapi masalah mental.
2. Anas Samanda
Seorang yang dicintai oleh Asiah Samiah, namun beliau lebih cenderung memperjuangkan hak diri dan keluarga. Pernah ditangkap dan dipenjarakan. Akhirnya beliau mati dalam hukuman.
3. Marga
Seorang yang sudah tua dan sedang mengingat kisah lampau kehidupannya. Menjaga Asiah Samiah ketika kecil.
4. Misa Sagaraga.
Seorang yang kaya raya.Berkahwin dengan Asiah Samiah dan mendapat seorang anak bernama Laila Anurisah. Anaknya diabaikan dan dijaga oleh Marga. Manakala Asiah Samiah lari daripada cengkaman Miasa Sagaraga. Digambarkan sebagai seorang yang zalim dan menindas. Cuba memiliki harta sebanyak mungkin yang boleh. Malah dia cuba merampas hak orang lain dengan kuasa yang ada atas nama pembangunan. Mempunyai kuasa besar keatas penduduk negara.




Maksud Sajak
Bahagian 1 [ Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup.]
R1: Aktiviti jemaah pada waktu subuh yang datang ke masjid dengan berjalan kaki dengan pakaian jubah.
R2: Penyajak sering mengajak jemaah tersebut menaiki kenderaannya.
R3: Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah tersebut.
R4: Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian lengkap.
R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati den menyebut nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada saudara seagama yang lain.
Bahagian 2 [ Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.]
R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu pergi ke masjid.
R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan jemaah ketika solat tetap menjadi ingatan beliau.
R8: Ketika selepas solat penyajak merindukan aktiviti jemaah yang telah pergi itu. Penyajak rindukan topi putih dan doa bekas jemaah itu. Jemaah tersebut telah kembali ke rahmatullah dan bersemadi di kubur. Ahli jemaah yang telah meninggal itu dahulunya mungkin orang ternama, ada gelaran dan berpangkat besar.
Tema sajak
Sajak ini bertemakan kemanusiaan. Penyajak merakam kisah seorang pesara tua ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan beriadah. Sifatnya sangat mulia kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh saudara Islamnya. Pemergiannya sangat dirasai oleh penyajak dan sentiasa terkenangkan kisah rutin hidupnya.
Pemikiran sajak
1. Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat dan amal kebaikan.
Perbuatan bangun pagi dan solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi mereka yang tidak biasa beramal dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah tentu amalan solat di waktu yang lain telah dilakukan oleh jemaah itu.
2. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain.
Hati manusia yang suci bersih digambarkan melalui warna putih dalam ayat penyajak. Sebaik-baik
manusia adalah orang yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Individu itu tiada dendam malah pemaaf orangnya.
3. Menjaga kesihatan dengan beriadah.
Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita untuk menjaga kesihatan. Malah ia menjadi bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat malas. Manusia akan lebih cergas dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti kehidupan.
4. Setiap yang hidup pasti akan mati.
Mengakui hakikat kehidupan bahawa penghujungnya adalah mati walau kita hebat menjaga kesihatan dengan bersenam. Segala aktiviti yang diusahakan merupakan ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan mengatasi segala-galanya. Jemaah tetap pergi apabila ajalnya telah tiba.
Pandangan Sarwajagat
Melakukan sesuatu yang bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu bahawa seseorang manusia tidak akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan, selalunya kita kian kuat beribadat dan cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun kita tidak boleh menolak ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang terhad. Akhirnya manusia akan sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut. 
Maksud Sajak
Rangkap 1 - Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering berusaha untuk menjaga jegara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi negara.
Rangkap 2 - Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara.
Rangkap 3 - Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya.
Rangkap 4 - Khidmat pahlawan sentiasa  adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan cabaran.
Rangkap 5 -Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang. Malah berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.
Rangkap 6 - Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada khidmat pahlawan negara.


Rangkap 7 - Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke hadapan.
Rangkap 8 - Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga mencapai matlamat.
Rangkap 9 - Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti kesusahan.
Rangkap 10 - Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit, laut dan udara)
Rangkap 11 - Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah  kepada bahaya.
Rangkap 12 - Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh.

Maksud Sajak 
Rangkap 1 - Sesekali penyajak berpendapat seseorang itu perlu menjadi pihak yang bertentangan arah. Jika tidak, mungkin kita akan berada ditakuk lama dan tidak berubah (jumud). Sesekali kita perlu meredah kepayahan dan  berjuang.
Rangkap 2 - Apabila kita berubaah arah (pendapat), kita akan dapat mendengar cacian manusia yang selama ini diam tidak berkata apa-apa. Malah akan terbongkar sikap buruk sebenar pihak penjajah yang sebenarnya bersifat bengis dan zalim.
Rangkap 3 - Terserlahlah segala sikap dan keburukan diri .
Rangkap 4 - Sesekali kita perlu melawan arah dan berani meredah kepayahan. Pejuang dahulu berjuang dengan senjata tetapi kita kini berjuang melawan arah hanya dengan bahasa penulisan yang penuh dengan kiasan. Tetapi matlamat perjuangan tetap sama seperti pejuang dahulu (Bahaman dan Mat Kilau).
Rangkap 5 - Kita memang perlu melawan arus sekali sekala kerana ia boleh mendidik diri kita mengerti tentang sejarah lama. Kita akan dapat merasakan kepedihan dan kesusahan lampau. Kemudian kita dapat terjemahkan kisah kehidupan lampau itu.
Rangkap 6 - Penyajak menyatakan bahawa terdapat pedoman tanda dan harapan yang positif apabila menyongsong arus. 


Maksud Sajak [ Keris = perlambangan tentang kuasa, kemampuan, keupayaan, kelebihan, kekuatan dan sebagainya. ]
Rangkap 1 - Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan kita sekarang perlu dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada waktunya  kuasa tidak patut digunakan dan kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak secara lembut dan bijaksana.
Rangkap 2 - Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami hakikat kesusahannya. Pejuang tidak boleh kecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada sehingga memusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak.
Rangkap 3 - Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh mengkhianati perjuangan. Rakan-rakan sekeliling ada yang jujur setia namun ada yang berpura-pura.
Rangkap 4 - Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan kerana kita sudah berpengalaman dengan ranjau perjuangan. Malah para pejuang sudah mengenali rakan dan lawan. Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam perjuangan sebenarnya berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan oleh kekuatan musuh.
Tema sajak
Perjuangan tentang hidup.  Selagi kita ada kekuatan, keupayaan, kebolehan, kemampuan, kekuasaan dan sebagainya kita perlu berani menghadapi segala pancaroba hidup. Kadang-kadang kita terpaksa mengalah dan kecewa dalam perjuangan. Realiti perjuangan adalah perlu menghadapi ranjau dan halangan. Dalam perjuangan juga ada rakan yang jujur dan ada yang khianat. Namun selagi kita ada kekuasaan, keupayaan, kemampuan, kebolehan dan sebagainya maka kita perlu terus berjuang.
Pemikiran sajak
1. Hidup perlu berjuang.
2. Mengalah bukan bererti kalah perjuangan.
3. Memahami realiti perjuangan.
4. Berhati-hati dengan sahabat.






Pandangan sarwajagat
Sajak di atas menjadikan perkataan "keris" sebagai kata kunci bagi memahami maksud keseluruhan sajak. Jika keris dimaksudkan dengan kekuasaan politik maka ia boleh dikaitkan dengan survirval bangsa terutamanya bangsa melayu. Maka sajak ini menjurus kepada unsur patriotik yang mengajak masyarakat sedar tentang perjuangan survirval bangsa. Malah dalam perjuangan tersebut bangsa melayu kadangkala perlu berkorban dan mengalah lantaran adanya tolak ansur dengan lain-lain bangsa yang telah menjadi sebahagian rakyat Malaysia. Namun yang menyedihkan ialah adanya perbuatan khianat yang berlaku di kalangan rakan-rakan sendiri.
Jika kita ingin meluaskan maksud sajak ini, kita boleh mentafsirkan perkataan keris sebagai keupayaan, kebolehan, kekuatan dan kemampuan seseorang. Dalam hidup, kita memang perlu berjuang bagi menghadapi segala halangan dalam hidup. Umpamanya, ketika umur kita masih  muda, kuat dan berupaya belajar, maka kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan setinggi mungkin. Situasi tersebut juga boleh diibaratkan sebagai keris atau senjata yang ada pada diri kita. Andai kita tidak mahu berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan rugi. Kita perlu  faham hakikat perjuangan dan perlu berkorban. Kepada mereka yang tahan perjuangan,  wujud pula cabaran lain termasuklah sifat dengki dan irihati rakan-rakan seperjuangan. Oleh itu kita perlu berhati-hati dan waspada.
Keris juga boleh dikaitkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri kita. Jika kita mempunyai apa-apa kelebihan, maka kita perlu menggunakannya dengan baik. Ia adalah satu peluang yang perlu dimanfaatkan. Seorang yang berbakat dalam bolasepak tentunya mempunyai kelebihan umpama mempunyai sebilah keris. Maka individu tersebut perlu memanfaatkan kebolehannya untuk kebaikan diri. Namun untuk berjaya sebagai pemain bolasepak, individu tersebut perlu banyak berkorban jiwa dan raga.
Maksud Sajak
Rangkap 1 - Kebenaran tidak mampu ditunjukkan kerana sering disalah anggap. Orang yang benar dianggap telah melakukan kesalahan.
Rangkap 2 - Kepalsuan pula telah diputarbelitkan. Sesuatu yang palsu telah menjadi sesuatu yang dianggap benar.
Rangkap 3 - Pembunuhan tidak dapat dibuktikan kesalahannya. Pembunuh terselamat daripada hukuman.
Rangkap 4 - Penipuan yang ditafsirkan sebagai kebenaran. Penipu gembira kerana berjaya menipu.
Pandangan Sarwajagat.
Penyajak enggan menjadi saksi kepada segala kepincangan yang sedang berlaku di kalangan masyarakat yang penuh dengan tipu muslihat. Perkataan “saksi” boleh diertikan sebagai keengganan penyajak terlibat atau penyajak tidak mahu dipertanggungjawabkan. Maksud lain bagi perkataan saksi pula, penyajak tidak mahu melihat lagi situasi songsang yang sedang berlaku.
Kebenaran, kepalsuan, pembunuhan dan penipuan merupakan isu yang sering berlaku di kalangan umat manusia. Secara khusus ia berlaku dalam persekitaran masyarakat penyajak. Namun penyajak hanya menyebut secara umum sahaja tanpa menyatakan siapa yang melakukan dan tidak menyebut punca sebenar situasi tersebut berlaku.
Segala yang berlaku telah menjadi sebaliknya kerana ada pihak telah berjaya menukarkan situasi berkenaan berdasarkan kebijaksanaan diri mereka. Kebenaran telah menjadi palsu manakala yang palsu telah menjadi benar. Dari sudut keadilan pula seorang pembunuh telah berjaya melepaskan diri dan bebas dari hukuman. Golongan yang suka menipu pula sangat gembira kerana berjaya meyakinkan orang ramai bahawa dirinya benar.
Mungkin pihak yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
 Pemimpin masyarakat (golongan berpengaruh). Pemimpin sering berucap di khalayak ramai dan mempunyai ramai pengikut. Kata-kata mereka akan dipercayai ramai orang samada sumber itu bernar ataupuan palsu.
 Media.. Sumber media samada bercetak maupun elektronik adalah sumber maklumat orang ramai. Berita yang dikemukakan akan mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat.
Hakim. Beliau adalah pihak yang membuat keputusan di mahkamah. Keputusan hakim dianggap muktamad dan beliau mampu memberi keputusan ke atas seseorang yang dituduh itu samada bersalah atau tidak. 
Termasuklah Peguam,Ahli politik, Ulama', Pelajar dan Penulis/Wartawan
Orang awam (massa). Orang awam sering membicarakan pelbagai isu di mana-mana tempat yang selesa bagi mereka terutama di warung kopi. Mereka salaing mempengaruhi antara satu sama lain dan sentiasa bertukar maklumat. Sebarang maklumat yang salah akan menambahkan lagi salah tafsir tentang sesuatu isu negara.
>Sesiapa sahaja yang mungkin terlibat.
Di Titian Kemerdekaan
Dharmawijaya
Maksud Sajak
Rangkap 1 - Sambutan kemerdekaan datang untuk kesekian kali dengan suasana aman dan semangat yang membara kepada seluruh warganegara.
Rangkap 2 - Semangat rakyat yang berbangga dan merasakan diri mereka telah mencapai kemenangan daripada kuasa besar.
Rangkap 3 - Semangat kemerdekaan telah menjadikan rakyat bertambah cinta dan setia kepada negara sekalipun ada bibit sengketa.
Rangkap 4 -  Janji penyajak selaku pewaris kemerdekaan untuk menjunjung mahkota kedaulatan negara.

Perkataan perlu difahami – Tirani ialah Corak pemerintahan yang zalim. Menggunakan kekuasaan sesuka hati
Maksud sajak
Rangkap 1 - Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan kegelapan pekat malam yang dapat dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrinsiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cayaha remang tersebut dengan kehidupan yang sedang dihadapinya.
Rangkap 2 - Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar) menyebabkan diri rasa terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.
Rangkap 3 - Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara-suara pejuang keamanan yang dilahat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang keamanan melaungkan slogan cinta kedamaian. Seruan mereka supaya manusia berjuang dengan harta dan tenaga. Di atas nama “matlamat mencapai kemenangan”, maka manusia sanggup bertelingkah.
Rangkap 4 - Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perbutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara.
Rangkap 5 - Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
Rangkap 6 - Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan supaya kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.
Pemikiran sajak
1. Bandingan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
2. Godaan anasir jahat (syaitan)supaya melakukan kejahatan
3. Sikap pura-pura – konon memperjuangkan keamanan tetapi sebenarnya membawa kemusnahan.
4. Menjadikan agama sebagai topeng
5. Manusia sanggup mati kerana berebut kuas
6. Akibat peperangan adalah kemusnahan
7. Sikap pemimpin yang zalim

Sinopsis
Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi, kita sangat bergembira untuk memiliki pelbagai barangan dan keperluan. Apabila nilai wang jatuh, manusia menjadi keluh kesah dan porak peranda. Lebih-lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan harga barangan terlalu mahal. Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah barangan yang banyak dan tinggi nilainya. Manusia boleh hilang pegangan akibat mempunyai  masalah kewangan. Sejarah wang telah bermula sejak sekian lama. Terdapat banyak pendapat tentang asal usul wang. Daripada tamaddun awal manusia hinggalah  berlakunya revolusi perindustrian. Malah sebelum itu, matawang asalnya diperbuat daripada emas dan perak yang kemudiannya wujud dalam bentuk kertas yang diberi nilai. Manusia perlu sedar supaya mengelakkan diri daripada menjadi hamba kepada wang. Razeki kita bukan tertakluk kepada nilai wang semata-mata. Teguhkan iman dan yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki untuk kita.
Tema
Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu isu kejatuhan nilai mata wang. Manusia menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai wang. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan hidup kita dan kita cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Seolah-olah kita menjadi hamba wang dan lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Kita lupa untuk berikhtiar mencari sumber lain bagi mendapatkan barangan dan keperluan harian.
Persoalan
1. Krisis matawang yang melanda telah menyebabkan rakyat gelisah.
2. Nilai matawang bukan penentu kebahagiaan hidup
3. Jangan menjadi hamba wang.
4. Yakin dengan kekuasaan Allah yang memberi rezeki kepada manusia.

Pandangan World Views.
Mitos dikaitkan dengan kepercayaan. Sesuatu yang dipercayai benar. Ramai orang percaya kononnya sehelai kertas itu mempunyai nilai dan ramai percaya tanpa helaian kertas itu, kita akan sengsara. Malah ada yang menjadi leka kerananya. Jika helaian kertas itu semakin jatuh nilainya sehingga akhirnya tidak bernilai, maka ia tidak ubah umpama nilai secekak kertas tisu sahaja. Tisu akan dibuang di tempat longgokan sampah apabila tidak diguanakan lagi. Harga tisu amat murah, kerana itu ia mudah dibuang. Bayangkan jika dahulu kita mampu membeli 100 biji kuih dengan RM10 sebaliknya kini kita hanya mampu memiliki 25 biji kuih sahaja dengan wang yang sama.




Sinopsis
-  Usia emas bukan satu anugerah tetapi satu pinjaman. Usah berbangga kerananya. Hargailah orang tua yang telah menjaga dan mendidik kita. Akhirnya kita perlu menerima hakikat bahawa ajal akan sampai juga akhirnya. Usia emas sememangnya hanya menunggu masa ajal kita akan sampai kerana usia nabi Muhammad hanya sekitar 62 tahun sahaja.
- Cikgu Baharum sudah bersara. Usia emasnya dipanjangkan Allah. Beliau pernah menjadi penulis dan tulisan beliau disiarkan di dalam Warta Malaya (sejenis akhbar  yang popular di tanah Melayu suatu ketika dahulu). Pada masa tuanya beliau memenuhi kehidupan dengan bangun pagi dan bersenam. Digambarkan kisah hidupnya ketika bergelar guru. Beliau bangun pagi dan datang kerja awal. Beliau sentiasa membimbing anak muridnya. Banyak ilmu pengetahuannya kerana banyak membaca. Suka berbincang dalam pelbagai perkara termasuk ekonomi, politik dan sosial. 
- Bicara soal hari tua bukan masa untuk mendapat bermacam anugerah. Anugerah sudah tidak releven lagi buat warga tua, lebih-lebih lagi apabila sudah mati. Pemergiannya tidak perlu diratap dan merasa kehilangan kerana tugas manusia sudah tamat pada masa itu. Doakan sahaja untuk simati dengan kebaikan dan pohonkan pengganti yang lebih baik. Orang tua-tua beragama Islam hanya perlukan kasih sayang anak-anak. Jangan jadi seperti di tempat lain yang menghantar orang tua-tua di rumah kebajikan sebagaimana yang berlaku di Jepun. Berilah mereka peluang melanjutkan ibadahnya dan jangan anggap mereka sebagai golongan tidak berguna.
- Akhirnya mendapat khabar cikgu Baharum telah kembali ke Rahmatullah. Semua yang fana ini akan kembali kepada penciptanya. Jangan mengeluh dan meratap. Kita perlu bersabar. 

Beberapa catatan dialoog penting berdasarkan cerpen Permata Sastera Melayu
- "Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana umur panjang. Saya bimbang dengan usia     dipinjamkan ini" (hlm. 116)
-"Sentiasa berlindung diri di belakang setiap solat dengan doa jangan sampai umur tua"    (hlm117)

Tema
Cerpen ini bertemakan kemanusiaan. Kehidupan usia tua bukan satu kelebihan tetapi ia hanyalah pinjaman Usia emas bukan masa untuk mendapat  anugerah hidup dan berhibur sebagaimana orang barat. Usia emas perlu dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan beribadat kepada Allah. Warga tua perlu disayangi dan jangan dilupakan. 

Persoalan
1- Jangan berbangga dengan baki umur kita.
Umur kita adalah anugerah Allah dan kita menerima anugerah itu dengan syukur. Semakin bertambah umur kita akan semakin mendekati mati. Oleh itu kita tidak boleh berbangga dengan anugerah sementara itu.
2- Anugerah dan penghargaan bukanlah suatu yang istimewa pada hari tua.
3- Penuhi hari tua dengan aktiviti berfaedah.
4- Banyakkan beribadat.
5- Sayangi warga tua.
6- Setiap yang hidup pasti akan mati akhirnya.
Pandangan sarwajagat.

1. Perbezaan pandangan tentang hari tua. Bagi orang barat, hari tua merupakan masa untuk   bergembira dan berhibur. Bagi penulis, hari tua adalah masa kita untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan melakukan ibadat. Orang barat berpendapat orang yang dipanjangkan usia mempunyai keistimewaan. Mereka perlu diraikan dan diberi anugerah. Bagi penulis, usia tua adalah masa yang dipinjamkan dan perlu bersedia untuk menghadapi kematian.
2. Terdapat juga perbezaan pandangan antara msayarakat timur seperti di Jepun. Bagi masyarakat Jepun, orang tua tidak produktif  dan tidak mampu menyumbang apa-apa. Malah kewujudan mereka merupakan satu beban dan perlu dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Bagi masyarakat kita, orang tua perlu disayangi dan perlu dijaga oleh ahli keluarga dengan baik. 
Ringkasan Maksud Isi Teks
a) Syarat yang Harus Dipelihara oleh Segala Raja
Syarat pertama raja hendaklah adil. Iaitu merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu masalah.
Syarat kedua. Raja hendaklah sedia menerima aduan rakyatnya dengan sifat terbuka dan mengalu-alukan kedatangan rakyat.
Syarat ketiga. Raja hendaklah beriman dan jangan mengikut nafsu.
Syarat keempat. Raja hendaklah menghukum dengan sabar, lemah lembut dan menghindarkan rasa kebencian terhadap pelaku. Rujuk kisah Raja Ma'mun.
Syarat kelima. Raja hendaklah menghukum demi mendapat keredaan Allah. Menghukum dengan kebenaran (hak).
Syarat keenam. Raja hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika raja berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.
Syarat ketujuh. Raja hendaklah menghormati golongan bijak pandai (orang berilmu). Perlu bersikap merendah diri dan tidak berbangga dengan kedudukannya sebagai sultan. Sesungguhnya ilmu orang bijak pandai (pendeta) itu lebih mulia daripada kedudukan seorang raja.
Syarat kelapan. Raja hendaklah menghindarkan diri daripada sikap takbur.
Syarat kesembilan. Hendaklah segera bertindak menyiasat aduan rakyat dan menyegerakan hukuman demi menjaga kebajikan rakyat. Jika raja berdiam diri terhadap sebarang aduan rakyat, ia akan menyebabkan rakyat rasa teraniaya.
Syarat kesepuluh. Raja hendaklah bijaksana dan berhati-hati terhadap rakyat yang mengadu hal kepadanya.



b) Syarat yang Harus Dipelihara oleh Menteri.
Syarat pertama. Menteri hendaklah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.
Syarat kedua. Menteri hendaklah berterima kasih kerana pemberian raja dan anugerahnya.
Syarat ketiga. Menteri hendaklah berbelanja dengan kebenaran raja. Perbelanjaan hendaklah mengikut keperluan dan tidak membazir.
Syarat keempat. Menteri hendakalah mencari sumber harta bagi raja.
Syarat kelima. Menteri hendaklah menyediakan segala keperluan raja, pakaian dan kenderaan raja.
Syarat keenam. Menteri hendaklah mengingatkan raja supaya jangan melanggar hukum syarak.
Syarat ketujuh. Menteri hendaklah menegur kesilapan raja jika melanggar hukum syarak.
Syarat kelapan. Menteri jangan sombong (maghrur) kerana pangkatnya. Jangan mengasari rakyat.
Syarat kesembilan. Menteri hendaklah mencari harta untuk dirinya sekadar memenuhi keperluan dirinya sahaja dan jangan berlebih-lebihan.
Syarat kesepuluh.Menteri hendaklah mencari maklumat tentang keselamatan negara melalui maklumat rakyat jelata.

c) Syarat yang Harus dipelihara oleh Pegawai.
Syarat pertama. Pegawai hendaklah mendahulukan perintah Allah dan menyedari bahawa raja juga makhluk Allah.
Syarat kedua. Pegawai hendaklah menghargai pemberian raja dan memuliakan rajanya.
Syarat ketiga. Pegawai hendaklah menunjukkan perkara yang baik di depan raja dan menyembunyikan apa-apa perkara yang sukar tentang dirinya.(Baca kisah dalam teks)
Syarat keempat. Pegawai harus mengutamakan tugasnya berbanding mendapat keredaan sultan.( Baca kisah dalam teks.)
Syarat kelima. Pegawai hendaklah lebih takut (taqwa) kepada Allah berbanding rajanya.
Syarat keenam. Pegawai hendaklah menyempurnakan segala pekerjaan dunia raja namun jangan lupa dengan pekerjaan akhirat dirinya.
Syarat ketujuh. Pegawai hendaklah jangan bersubahat dengan raja untuk menaniaya rakyat, kerana dirinya akan mendapat balasan yang sama di akhirat kelak.
Syarat kelapan. Pegawai jangan memuji orang lain yang tidak di kenalinya di hadapan raja.
Syarat kesembilan. Pegawai hendaklah menunjukkan kepada raja dahulu akan segala milik kesukaannya.
Syarat kesepuluh. Pegawai hendaklah menjaga tutur kata dan tingkah laku dan seluruh anggotanya apabila berhadapan dengan rajanya.









Sinopsis
Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang dikasihi. Beliau telah berpesan kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu semula di hari akhirat kelak. Kemudian Rasulullah pun pergi ke masjid untuk solat Jumaat yang terakhir. Baginda telah membaca khutbah dan mengimamkan solat. Setelah itu Rasulullah pun membuat pengumuman kepada sidang jumaat yang ingin menyelesaikan perkara-perkara tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi beban di hari akhirat kelak. Ada seorang sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh cemeti Rasulullah ketika perang. Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama tersebut. Para sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih namun Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya. Rasulullah diminta membuka baju supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan cemeti. Sebaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat) baginda kerana niat beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat kelebihan yang ada pada badan baginda yang bercahaya. Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu Bakar. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali. Setelah sampai waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar rumah baginda. Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikahbarkan bahawa segala bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala  Fatimah, nabi pun wafat.

Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa)
Sinopsis
Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai  Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut. Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa.
Kemudaian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan Raksasa terguling ke tanah. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.
Mengenalpasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional.
Hikayat Pelanduk Jenaka adalah sebahagian daripada cerita binatang. Cerita binatang adalah sebahagian daripada cerita rakyat. Cerita rakyat pula adalah sebahagian daripada sastera rakyat.

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman.Cerita rakyat juga sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.prosa 
Pemikiran
Kehidupan masyarakat rimba yang sedang menghadapi masalah seperti manusia biasa. Kegiatan mencari rezki meraka telah terhalang lantaran adanya ancaman raksasa. Mereka telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut namun usaha mereka gagal. Akhirnnya mereka terpaksa memohon pertolongan daripada golongan bijak pandai dan pakar strategi. Pelanduk Jenaka merupakan pihak yang menjadi penyelamat atau penyelesai masalah.
Pengajaran
- Perlu berwaspada
- Perlu berusaha menyelesaikan masalah
-Jangan takbur
-Jangan menipu
-Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
-Gunakan akal sebaiknya ketika bertindak.
-Perlu bijak merancang strategi (kaedah penyelesaian masalah).




Persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka.

1. Terdapat golongan manusia yang bersikap takbur atau bercakap besar. Sang Beruang sangat takbur dan mengatakan bahawa dirinya mampu mengalahkan raksasa dengan mudah. Hakikatnya Sang Beruang tidak berkemampuan untuk mengalahkan raksasa secara fizikal. Akhirnya beliau tewas dan mengaku kalah.

2. Sebahagian daripada manusia bersikap tidak jujur kepada diri sendiri dan rakan. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan sikap badak yang telah mengalami kecederaan. Badak menyatakan bahawa kecederaan yang telah berlaku ke atasnya adalah disebabkan berlawan dengan raksasa. Hal tersebut sebenarnya tidak berlaku sama sekali. 
3. Manusia kadangkala bertindak dengan cara yang salah. Mereka tidak menggunakan kelebihan akal yang ada pada diri mereka. Sebaliknya mereka hanya menggunakan kekuatan fizikal semata-mata. Akibat tidak bertindak dengan betul, manusia akan mengalami kegagalan dalam usaha mereka mengatasi masalah kehidupan. Malah ada di antara mereka bertindak terburu-buru.
4. Manusia perlu berkerjasama sesama ahli masyarakat.

Perkahwinan Radin Mas Ayu dengan Raja Melaka (Sang Maniaka)
Sinopsis
- Latar tempat di Majapahit. Radin Mas Ayu adalah anak kepada Betara Majapahit. Upacara perkahwinan dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah pada ketika ini masih berjawatan seorang Bentara sahaja. Hantaran belanja pula adalah emas tujuh bahara, kain tujuh peti dan perempuan dayang 70 orang. Sultan Melaka pun mengadap Betara Majapahit. Dalam majlis tersebut Hang Tuah telah dicabar berlawan dengan perajurit Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan kehebatannya memarang mata tombak dan membunuh pencabarnya. Semua halangan terhadap hang Tuah adalah rancangan Patih Gajah Mada.

- Kemdian datang pula Taming Sari datang mengamuk dan menikam ramai orang. Hang Tuah berani berhadapan dengan tentangan Taming Sari ketika pihak lain termasuk Patih Gajah Mada melarikan diri. Pada awalnya Taming Sari sukar dikalahkan kerana tidak lut diparang oleh Hang Tuah. Kekuatan Taming Sari ada pada kerisnya. Hang Tuah pun membuat muslihat agar mereka berdua bersama-sama mengamuk Betara Majapahit. Hang Tuah mengajak Taming Sari bertukar keris. Apabila sahaja Hang Tuah mendapat Keris Taming Sari, beliau telah memekis dan berlawan semula dengan Taming Sari. Hang Tuah telah berjaya mengalahkan Taming Sari dan dianugerahkan keris yang dimiliki oleh Taming Sari. Hang Tuah juga diberi gelaran Laksamana oleh Ratu Majapahit serta   anugerah Sungai Jemaja. 



1. Mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih.

Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik seperti definisi berikut :
Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitoslagendadongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut.[1]
Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.
Ciri-ciri epik adalah:
1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan. Hang Tuah mampu mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka saling bertukar keris.
2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat. Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.
3. Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema.
Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan yang lain.
4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa). Hang Tuah tidak cedera walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa.
5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung melalui dialog dan aksinya sahaja...seperti Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan ketangkasan watak Hang Tuah.

2. Menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat melayu tradisional.

Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh kepada setiap individu manusia seperti berikut:

2.1 Perlu bersikap berani

Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi membantu orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak dapat dinafikan. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang sanat berani. Apatah lagi menentang musuh yang handal seperti Taming Sari.

2.2 Manusia perlu bijaksana.
Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang. Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang  Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh.
2.3 Taat setia kepada ketua.
Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya.
2.4 Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain.
Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu cara menghargai jasa-jasanya.
2.5 Sentiasa berwaspada.
Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati.
2.6 Hormat menghormati.
Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di negara orang (Majapahit). 
2.7 Menghormati tetamu.
2.8  Gambaran adat dan budaya masyarakat.
Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap raja.
3. Menjelaskan watak dan perwatakan
Watak Hang Tuah. - Seorang rakyat Melaka, pengiring kepada Sultan Melaka. Mendapat Gelaran Laksamana apabila berjaya mengalahkan Taming Sari. Ada lima sahabat.
Watak-watak - Laksamana Tun Tuah, Kartala Sari, Pertala Bumi, Seri Bentera Majapahit, Patih Gajah Mada, Tuanku Syah Alam, Temenggung, Penjurit tujuh bersaudara, Bendahara, Orang-orang kaya, Saudagar, Isteri Pertala Bumi, Patih Kerma Wijaya dan watak sampingan
Perwatakan Hang Tuah
     1. Taat setia

     2. Berani
     4. Bijaksana
     5. Tangkas bermain senjata.
     6. Sangat menghormati raja.
**** perwatakan di atas perlu dihuraikan.

4. Menyatakan aspek estetik dalam karya kajian.
4.1 Penggunaan bahasa yang indah sesuai dengan zaman.
4.2 Ketepatan pemilihan kata.
Latar Tempat Melaka, Bukit Cina, Daha, Kampung Jawa, Negeri Majapahit, Pasar. Latar Masa - Siang dan Malam.,  
Latar Masyarakat - Orang kaya, Fakir miskin dan pegawai yang tiada kuasa. 

Akan bersambung lagi.....................





4 ulasan:

  1. nota yg ringkas & menarik. boleh tak kalau sy nak sinopsis utk drama novel permata sastera melayu utk penggal 1.. kebanyakkan nota-nota lain agak panjang & tidak diringkaskan.

    BalasPadam
  2. macam kenal je nota Asiah Samiah tu.. hehe..dapat mne ye?

    BalasPadam
  3. bole tolong sertakan watak dan perwatakan tak..??

    BalasPadam
  4. assalamualaikum .. bleyhh tak sertakan watak & perwatakan dalam cerpen disebalik sirat makna .. terutamanya watak cikgu ibau , cikgu naszkir dan cikgu michael teo ..
    emailkan kpd sy : noralianabilayushaini98@gmail.com
    .. terima ksih ..

    BalasPadam